Salam and Hye all..
Dalam minggu yang penuh dengan exam nie la tiba-tiba moral and mood aku untuk tulis blog up..haha
Kali nie aku just nak cerita kat korang just teringat la pulak mase aku form 4 aku ada balajar 1 novel nie..pada korang yang sekolah kat bahagian utara Malaysia komfem la korang tau..
Novel itu ialah
Perlumbaan Kedua..sorry la x dpt nak cari gambar muka depan novel 2..kecewa2..
huhu..nie aku nak cite la sket sinopsis novel tersebut..
• Arnab Putih sedang menghambur, berlari-lari dan melompat di suatu tanah lapang yang ditumbuhi rumput untuk menguji ketangkasannya.
• Datang Sang Kancil mengingatkan semula peristiwa Perlumbaan Pertama pada 198 tahun yang lalu
• Arnab Putih berasa tercabar lalu mengambil leputusan untuk berlumba dengan Tuk Kura.
• Sang Kancil menyatakan hasrat Arnab Putih kepada Tuk Kura
• Perjumpaan binatang diadakan berdekatan Bukit Batu dengan diketuai oleh Sang Gajah
• Syarat-syarat perlumbaan ditetapkan iaitu perlumbaan akan diadakan di lereng bukit, dan perlumbaan itu merupakan perlumbaan terakhir.
• Sang Gajah dilantik sebagai hakim dan kedua-dua pihak diberi tempoh masa selama 2 bulan untuk bersedia.
• Bapa arnab melantik Sang Tedung untuk mengawasi gerak-geri Tuk Kura.
• Tuk Kura mengumpul suku-sakatnya lalu memilih 10 ekor kura-kura muda untuk diberi latihan.
• Tuk Kura merancang strategi dengan memberi pelbagai jenis latihan di tebing sungai.
• Bapa arnab pula mengadakan perlumbaan antara arnab-arnab dan Arnab Putih telah dipilih sebagai wakil.
• Sang Tedung menghasut dan memecah-belahkan suku-sakat kura-kura.
• Tuk Kura didera oleh suku-sakatnya sendiri sehingga Tuk Kura menghilangkan diri.
• Berita kehilangan Tuk Kura tersebar luas di dalam hutan sehingga bapa arnab mendesak Tuk Kura untuk mengisytiharkan Arnab Putih sebagai pemenang.
• Walau bagaimanapun, Tuk Kura muncul pada hari perlumbaan. Perlumbaan diteruskan.
• Tuk Kura melambungkan dirinya dari puncak bukit sehingga berjaya memenangi perlumbaan kedua.
Ha..kesimpulan yang dapat dibuat kat sini..tak semestinya golongan yang lemah akan menjadi semakin lemah and semakin ditindas..kalau ade kemahuan atau kesungguhan untuk melakukan sesuatu, Insyaallah kita akan mendapat apa yang dimahukan..^^
p/s : gudluck tuk dak2 yang amek test static n de..^_^