:: followers ::

:: me myself and i ::

My photo
Before you judge me get to know me first. You can't tell your heart what to do because it does it all on its own. Life ain't easy. I didn't wish to be everything to everyone but i did wish to be something to someone.

Wednesday, March 31, 2010

Terkejut

Salam and Hye all..

Rasanya kalau nama orang ni disebut pasti semua orang taw kan?Sape yang tak kenal din beramboi?Pelawak yang cukup berbakat besar dan boley la digelar otai lawak kan?

Tengok muka dia pown pasti korang tergelak kan?tapi taw tak korang yang industri seni kita digemparkan dengan keadaan din beramboi yang koma..

aku pown agak terkejut jugak sebab selalu je aku layan cerita-cerita lawak dia.tengok2 dapat berita cam nie..klik sini

Dikatakan punca dia koma adalah terkena virus kencing tikus..dia juga mengadu sakit selepas menjayakan program bersama binatang dengan Afdlin..





Berdoa la supaya din beramboi pulih dan dapat meneruskan kerjaya dia..^^

Sunday, March 21, 2010

Kehidupan

Salam and Hye all..


Ini saje jela nak share kat korang sedikit cerita kan tentang kehidupan..

Alkisahnya bermula...

Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya kepada guru. Ketika itu guru tersebut sedang sedang mengajar tentang kasih sayang.

Pelajar : "cikgu macam mana kita nak pilih sesorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang?Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?"

Cikgu : " ok kamu ikut ape yang cikgu suruh. Kamu pergi ke padang, kamu berjalan diatas rumput sambil memandang rumput didepan kamu, pilih yang paling cantik tanpa menoleh belakang lagi walaupun sekali. Dah petik rumput yang paling canti, bawa ke kelas."

Apabila pelajar itu pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya. Cikgu bertanya kenapa tiada rumput yang dipilih?

Pelajar : " tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai penghujung padang, saya tak jumpe pown yang paling cantik mungkin ada diantara dibelakang saya tadi rumput yang paling cantik tapi dah cikgu kate tak boleh toleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik."

Cikgu : " Ya itulah jawapannya maknenye apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya..Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku Semoga yang berlaku tidak berulang lagi dan ingatlah orang yang paling kitas sayang itulah yang paling cantik dan paling baik mahupun nak ikutkan banyak lagi cantik and baik seperti rumput tadi..



Nothing to comment just want to wish u guys gudluck for final and strive for excellence..^^

Open Day

Salam and Hye all..
Dalam kesibukan menjelang final nie, aku sempat lagi kowt nak jadi sukarelawan untuk open day Uniten..Quite best because this is new experience..Macam biasa la kalau jadi sukarelawan kat Uniten nie mestila dapat segala-galanya free..baju, topi, makan and macam-macam lagi la..
Hurm..aku tak la busy sangat semua coz aku just jage kat amanah je..tak ramai la parents yang datang..ade la dalam beberapa parents yang concern datang la menjenguk rumah contoh amanah..mang bersih habis la tapi still kalah dengan kebersihan rumah aku la..haha

Nothing to say..Just happy to be selected as one of the volunteers and doing part of my job..
hurm..nie semua antara gamba awek yang sempat aku snap kat COIT tdi..hehe


















Friday, March 19, 2010

Checklist

Salam and Hye all..

Hari pun semakin hari semakin suntuk..masa yang lepas kalau nak di undurkan kembali lagi pun dah tak boleh dah kan?kalau la boleh berhentikan mase kan best..hehe..

So final exam dah semakin hampir..debaran pun dah semakin kencang..wah!!
so just aku nak wat checklist for final nie..

22/03/10

Mechanics 1: Static (DSS, 09.00 am -12.00 pm)
Differential Equations (DSS 2.30 pm - 5.30 pm)

23/03/10

Linear Algebra (DSS, 09.00 am - 11.00 am)

24/3/10

Malaysian Studies (Library, 2.30 pm - 6.30 pm)

25/3/10

Islamic Studies I (Library, 09.00 am -12.00 pm)


Haishh..seram dowh..jadual agak pack tapi yang happy abes awal..yeay!!
nak gakz ke tunjuk study progress?haha..tak payah la..segan2..study pown cam ape je..





Anyone who has never made a mistake has never tried anything new.

Monday, March 15, 2010

Jambatan

Salam and Hye all...

Minggu nie mood cam agak kureng la sikit..tiba-tiba cam rase sedey..hurm..
tak pela lupekan jela yang tu..wah..sem 2 dah nak habis dah weyh..almost class dah abes dah this week just tinggal malaysian studies jela..

so tersangat-sangat banyak la mase untuk kite buang study..
haiyaa..cepat la mood study masuk so that aku ley tenang je study..huhu
Just kat sini nak cite that projek static dah settle dengan berjayanye..alhamdulillah..
Selesai sudah beban-beban yang tertanggung nie..

Thankz la kat korang yang bekerjasama and tak bekerjasama..hehe
(:























Saturday, March 13, 2010

Finale

Salam and Hye all..

Hurm..aku nak post something tapi tak taw la nak post ape..maybe just nak cakap la aku skang bajet busy..huhu..busy ke?
haha..boley la..kene la wat busy weyh coz final dah nak dekat dah..

hurm..aku tak suke sangat jadual exam this sem..last sem much more better coz tah cm feel comfortable je..x pack sgt..
this sem cam harem..haiya..statics and de pada hari yang same..nak tak nak kene la study awal..huu..

So bile eek nak stat?haha..to all students..gudluck yea final nie..gune la tyme study week nie untuk enjoy study..hihihi..





Behind every brilliant performance there were countless hours of practice and preparation.

Tuesday, March 9, 2010

Aku nak jadi bintang

Salam and Hye all...

Rasa macam janggal lakx tak update blog nie..even baru berapa hari jewr tak update..huu
Hurm..nothing pun nak share just nak share la kat korang yang tak berkesempatan nak pergi tengok teater amal tadi..

Aku at first memang semangat sikit nak tengok bende-bende camnie..so aku pown mendatangkan lah diri ke teater library..kitorang agak lewat jugak la sampai..around 9.15..Lucky part hot tak lepas lagi..:P

So aku just nak cerita sinopsis la teater nie..

Teater ini menceritakan tentang cita-cita seorang kanak-kanak yang bernama Maria. Bintang telah menjadi minat Maria dari kecil, sehingga dia ingin menjadi salah satu daripada mereka. Di dalam perjalanan hidupnya, dia telah bertemu dengan Alex, seorang lelaki yang hidupnya hanya ada Maria. Namun begitu, Johan muncul Johan yang yang hanya menjadi bintang titipan kepada rentetan kehidupan sehariannya. Sepanjang karier Maria terdapat pelbagai konflik yang menjadi reflek kepada realiti kehidupan. Kesudahannya ketiga-ketiga watak iaitu Maria, Alex dan Johan mati..Maria dan Alex dibunuh Johan manakala Johan membunuh dirinya sendiri kerana sifat terlalu mencintai Maria..


Komen :

kurang menarik sebab mcm semua x teratur... ada yang lupa skrip..terlalu makan masa.. watak masing-masing cam kureng.. banyak props sangat..lebih banyak adegan tidak berdialog..lagu tidak kene dengan situasi..


pergh..byk gile komen aku..haha..tak taula..itu dimata aku and orang sekeliling..terpulang la kepada orang lain..

Rating :

2/5 star

Hurm..but anyway good job..

"Luck is what happens when preparation meets opportunity"

Thursday, March 4, 2010

Perlumbaan Kedua

Salam and Hye all..

Dalam minggu yang penuh dengan exam nie la tiba-tiba moral and mood aku untuk tulis blog up..haha

Kali nie aku just nak cerita kat korang just teringat la pulak mase aku form 4 aku ada balajar 1 novel nie..pada korang yang sekolah kat bahagian utara Malaysia komfem la korang tau..

Novel itu ialah Perlumbaan Kedua..sorry la x dpt nak cari gambar muka depan novel 2..kecewa2..
huhu..nie aku nak cite la sket sinopsis novel tersebut..

• Arnab Putih sedang menghambur, berlari-lari dan melompat di suatu tanah lapang yang ditumbuhi rumput untuk menguji ketangkasannya.
• Datang Sang Kancil mengingatkan semula peristiwa Perlumbaan Pertama pada 198 tahun yang lalu
• Arnab Putih berasa tercabar lalu mengambil leputusan untuk berlumba dengan Tuk Kura.
• Sang Kancil menyatakan hasrat Arnab Putih kepada Tuk Kura
• Perjumpaan binatang diadakan berdekatan Bukit Batu dengan diketuai oleh Sang Gajah
• Syarat-syarat perlumbaan ditetapkan iaitu perlumbaan akan diadakan di lereng bukit, dan perlumbaan itu merupakan perlumbaan terakhir.
• Sang Gajah dilantik sebagai hakim dan kedua-dua pihak diberi tempoh masa selama 2 bulan untuk bersedia.
• Bapa arnab melantik Sang Tedung untuk mengawasi gerak-geri Tuk Kura.
• Tuk Kura mengumpul suku-sakatnya lalu memilih 10 ekor kura-kura muda untuk diberi latihan.
• Tuk Kura merancang strategi dengan memberi pelbagai jenis latihan di tebing sungai.
• Bapa arnab pula mengadakan perlumbaan antara arnab-arnab dan Arnab Putih telah dipilih sebagai wakil.
• Sang Tedung menghasut dan memecah-belahkan suku-sakat kura-kura.
• Tuk Kura didera oleh suku-sakatnya sendiri sehingga Tuk Kura menghilangkan diri.
• Berita kehilangan Tuk Kura tersebar luas di dalam hutan sehingga bapa arnab mendesak Tuk Kura untuk mengisytiharkan Arnab Putih sebagai pemenang.
• Walau bagaimanapun, Tuk Kura muncul pada hari perlumbaan. Perlumbaan diteruskan.
• Tuk Kura melambungkan dirinya dari puncak bukit sehingga berjaya memenangi perlumbaan kedua.

Ha..kesimpulan yang dapat dibuat kat sini..tak semestinya golongan yang lemah akan menjadi semakin lemah and semakin ditindas..kalau ade kemahuan atau kesungguhan untuk melakukan sesuatu, Insyaallah kita akan mendapat apa yang dimahukan..^^

p/s : gudluck tuk dak2 yang amek test static n de..^_^

Monday, March 1, 2010

Havoc

Salam...

wah..dah agak lame dah x tulis blog nie..tibe-tibe time2 ngah sunyi nie rindu pulak nak tulis and luahkan ape yang tersirat di hati..eceh..

Semalam aku ade test linear..seriusly this week kind of busy jugak la Linear+Static+DE..nyum2.. yummy..a great combination..huu

Kayh lupe kan jap pasal test semalam ade mase terluang aku pown membuang la mase ke Bukit Jalil..ade ape eek kat Bukit Jalil..hehe..JOM HEBOH kowt..huu..mang habis heboh la..
kitorang g dalam pukul 4 lebey..

Dekat je kowt Bukit Jalil..Pergh hujan pulak kitorang kat situ..haishh..berteduh la kitorang kat bazar-bazar ade kat situ..hehehe..

COp2..nk tunjuk kat korang logo jom heboh sat..huu



ha..2 je nak tunjuk....pastu ape lagi kitorang round2 la semua bazar n try barang2 yang free..yang penting maya karin gode i kowt..huu..tak la cun sangat pown actually..=]
kitorang stay kat sane sampai konsert..huu..terbaek ouh kak mas n black..hehe

































There was an error in this gadget