:: followers ::

:: me myself and i ::

My photo
Before you judge me get to know me first. You can't tell your heart what to do because it does it all on its own. Life ain't easy. I didn't wish to be everything to everyone but i did wish to be something to someone.

Thursday, April 19, 2012

Birthday oh Birthday



Salam and Hye all.

Sapa yang tak tahu bufday kan? surely la you guys sangat happy kan bila tiba bufday korang?
Nak dijadikan cerita adala seorang nie lahir pada tanggal 13 Apri 1976 199*. Masih muda lagi kn? stil young ma. Saya cuma rasa gembira sangat dapat join kecerian untuk tarikh tersebut baru-baru ni.

Nah ni antara gambar-gambar yang sempat dicuri disnap. ups! sit back and enjoy the feels!




cant remember its name. so ill give it a name steak burito?




mix steak. yummy!




two of us combined :')


Here's come the suprise part. SUPRISE! tadaaaa~ Red Velvet with Cheese Cream! looks yummy kan? such a naise cuppie cakes. got strawberry, blackberry , kit kat!
Apa lgi terkejut la bufday gal kita :P








nice strawberry



A to the M to the A to the L
AM
AL


So guess sapa nye bufday? tradaaaaaa~





close enough raite? troLOL

Happy Birthday Amal
Sweet 41 21!
Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki :)


p.s : specially dedicated to u :') thanks to Amalina Tuna for joining us :)


Monday, April 9, 2012

Kak Ros berkaraoke






Kak Ros dengan Ajib Goh. Kelas u ollz :P


p.s : Lepas amik gamba ni kena marah dengan pacik gad...elehh orang laen bole je amek gamba. Tak aci tak aci! :P

Ayam Penyet-ing



Restoran ayam penyet AP ni baru dibuka untuk cawangan Ampang. Jadi selepas penat shopping buku dekat Kinokuniya KLCC saya dan seorang kawan saya singgah dekat restoran ni. Lunch katenye. Urmm...not bad. Overall ok. Worth to try la :)




Set yang dipesan dah sampai!


Kalau tau ayam dia banyak macam ni baik share je. Kan da tak larat nak habiskan. Sharing is caring katenye. Ayam dia boleh tahan besar jugaklah kalau nak makan seorang. So better share je lain kali kalau datang sini lagi.




Ayam penyet ni sedap oh. Kerak dia pun best woo :P



Urmm...kalau nak dibandingkan dengan Wong Solo...kicap dye kureng sikit la...yang dekat Wong Solo lagi best...lagi harga dekat AP ni mahal sikit...ayam penyet ni saje dekat RM8.90 kalau tak silap. Belum nasi dengan air. Total makan dua orang dalam RM 30 jugakla. Kalau dekat Wong Solo set ayam penyet dye RM10 sahaja termasuk air dan nasi sekali.





Yang ni bandung cincau dia. Chantek kan? Teruja tak nak minum? Hihihi :B


Minuman ni namanya Bandung Cincau la tapi nampak macam special sikit. Sebabnya presentation minuman ni menggunakan teknik layering (rasenye sume orang tau kot). Chantek pun chantek sedap pun sedap. Nyumm nyumm nyumm!! ^_^



Ok that's all for the interesting journey to be shared with u guys. See ya!





Thursday, April 5, 2012

Tips Menjadi Pendengar Yang Baik Kepada Wanita

Tips ni sekadar perkongsian. Harap bermanfaat. :)


1. Berikan perhatian sepenuhnya

Apabila si dia mula berkata-kata, tumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Hentikan segala perbuatan anda dan dengar dengan teliti setiap apa yang si dia ingin katakan. Walaupun terdapat gadis yang lalu-lalang di sebelahnya, jangan sesekali menjeling ke arah gadis tersebut. Saya tahu perangai anda, kerana saya juga seorang lelaki.


2. Pandang matanya

Ketika si dia sedang bercakap, pandang matanya. Renung dan dengar dengan teliti cerita yang ingin disampaikan. Itu akan membuatkan si dia lebih gembira untuk meneruskan cerita atau luahan perasaan kerana anda ada untuk mendengarnya.


3. Jangan berikan pendapat

Apabila si dia meluahkan perasaaan, jangan sesekali memberikan pendapat atau jalan penyelesaian. Sebagai contoh, “Tadi ada pakcik tu jatuh tangga. Kesian je tengok pakcik tu.” Jangan pula anda berikan pendapat, “Ala…biarlah dia nak jatuh ke, nak tergolek ke. Bukan awak susah pun…”. Ini adalah sangat-sangat mematikan mood pasangan anda. Si dia hanya ingin meluahkan perasaan dan bukannya meminta pendapat anda. Jadi, jangan sesekali memberikan pendapat kecuali diminta.


4. Bertanyakan soalan

Untuk menaikkan lagi mood si dia bercerita, tanyakan soalan-soalan yang berkaitan dengan apa yang dicerita. Ini menunjukkan yang anda juga berminat dengan cerita yang si dia kongsikan. Saya guna contoh yang sama seperti di atas, “Tadi ada pakcik tu jatuh tangga. Kesian je tengok pakcik tu.” Soalan yang boleh anda tanya, “La…macam mana dia boleh jatuh?”.


5. Berikan sokongan kepadanya

Sekiranya pasangan anda sedang marah-marah atau merungut mengenai sesuatu, dengarkan saja apa yang si dia marahkan. Berikan sokongan yang anda juga berpihak kepadanya. Dan jangan sesekali anda menyokong orang yang dimarah itu pula. Ini akan menunjukkan yang anda tidak menyokong dirinya dan menyebabkan si dia bertambah marah.


6. Ulang semula apa yang dikatakan

Anda juga boleh mengulang semula apa yang si dia katakan bagi menunjukkan yang anda mendengar ceritanya. Contoh yang sama, “Tadi ada pakcik tu jatuh tangga. Kesian je tengok pakcik tu.” Apa yang anda boleh buat adalah, “La…kesian pakcik tu jatuh tangga…”. Dan si dia akan terus menyambung semula bercerita selepas mendapat tahu yang anda sedang mendengar ceritanya.


7. Diam dan jangan berkata apa-apa

Tetapi, jika topik luahan perasaan atau marah itu ada berkaitan dengan anda, adalah lebih baik anda berdiam diri dan jangan respon apa-apa. Lebih baik anda tahan telinga dan mendengar apa saja yang si dia katakan. Biarkan si dia luahkan segala perasaannya. Dengan cara sebegini akan membuatkan si dia lebih cepat reda kerana perasaan marah itu berjaya dikeluarkan.

Tuesday, April 3, 2012

Kenalpasti Personaliti Melalui Jenis Darah




Kalau post sebelum ni pasal diet berdasarkan jenis darah, kali ini jom kita mengenali personaliti seseorang individu melalui jenis darah mereka. Selamat mengusha entry ni dan semoga bermanfaat!



JENIS DARAH A : PETANI (FARMERS)


Mereka yang berdarah A adalah golongan yang pemalu tetapi mementingkan kesempurnaan dalam senyap. Mereka sangat bertimbang rasa terhadap orang lain dan tidak pandai menipu. Mereka setia dengan kawan dan rakan sekerja. Mereka boleh menjadi perahsia, kuat, tetapi jarang sekali berkongsi perasaan mereka. Mereka ini sukar dipuaskan dan serius dalam hidup.


Peribadi asas
  • Berhati-hati dalam membuat keputusan
  • Sentiasa memastikan sesuatu jelas melalui kontrak
  • Terlalu mementingkan undang-undang sosial kehidupan

Kadar toleransi
  • Toleransi tinggi dengan kerja-kerja fizikal dan berulang-ulang
  • Tidak mampu menerima perubahan dengan mudah
  • Hilang minat pada satu-satu hobi dengan mudah

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau
  • Terlalu mencuba untuk melupakan masa lampau
  • Pesimis terhadap masa hadapan

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan
  • Boleh berpura-pura membuat muka tenang walaupun hakikatnya sedang marah
  • Memerlukan masa yang lama untuk pulih jika dilukai
  • Sensitif kepada pandangan orang lain

Bagaimana mereka bekerja
  • Menguruskan satu perkara sahaja dalam satu masa
  • Membezakan antara kerja dan peribadi
  • Sangat bertanggungjawab
  • Terdorong untuk memilih hobi yang membantu mereka menenangkan perasaan




JENIS DARAH B : PEMBURU (HUNTERS)


Mereka yang berdarah B adalah golongan yang periang, memiliki semangat dan aura personaliti yang kuat dan tersendiri. Dalam waktu yang sama, mereka tidak menghiraukan apa orang lain fikir tentang mereka dan liar. Mereka boleh menjadi sangat lemah, pemalas, dan kurang sabar. Namun, mereka juga sangat bersungguh-sungguh (passionate) dengan apa yang mereka mahukan.


Peribadi asas
  • Pantas membuat keputusan
  • Boleh menjadi sangat fleksibel
  • Tidak kisah pada peraturan
  • Menghormati penemuan sains dan perkara praktikal

Kadar toleransi
  • Mengekalkan sepenuh minat terhadap apa yang mereka lakukan
  • Kelihatan tidak sabar
  • Tidak sukakan kerja yang berulang

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau
  • Sukar melupakan hubungan terkini tetapi mudah melupakan kenangan masa silam

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan
  • Expressive
  • Cool
  • Bersifat objektif
  • Walaupun selalu bergurau namun boleh menjadi seorang yang sangat pemalu
  • Cepat bertukar mood
  • Tidak boleh berhenti merungut apabila mereka kecewa

Bagaimana mereka bekerja
  • Kreatif dan memiliki idea baru
  • Tidak boleh membezakan kerja dan hobi
  • Sukar menerima arahan
  • Tidak gentar mencadangkan perubahan yang inovatif
  • Tidak takutkan kritikan




JENIS DARAH AB : AHLI KEMANUSIAAN (HUMANISTS)

Mereka sukar dimengerti, gemar menjauhkan diri, selalu menggunakan logik daripada mengikut gerak hati. Selain itu, sangat bagus dalam menguruskan kewangan. Walaupun berfungsi sebagai pendamai, kadang-kadang mereka bersikap talam dua muka.


Peribadi asas
  • Sangat praktikal
  • Bijak dalam menganalisa
  • Memberikan kritikan yang membina
  • Sukar membuat keputusan yang penting

Kadar toleransi
  • Cuba untuk menjadi rajin
  • Kelihatan kurang sabar

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau
  • Sangat sentimental tentang masa silam
  • Lebih risau terhadap perkara semasa berbanding perkara lain

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan
  • Berjiwa sentimental
  • Selalunya cool dan steady
  • Boleh berasa sangat kecewa dengan masalah semasa yang tidak diselesaikan
  • Boleh menjadi moody sekelip mata

Bagaimana mereka bekerja
  • Boleh menguruskan bidang kerja yang luas
  • Menghargai kerja keras
  • Cepat memahami
  • Tidak terlalu bertanggungjawab
  • Tidak mampu membuat follow up sebelum projek kerja diselesaikan




JENIS DARAH O : PEJUANG (WARRIORS)

Mereka outgoing, expressive, dan passionate. Golongan darah O juga sangat bermotivasi dan mempunyai ciri pemimpin semulajadi. Dikurniakan rasa kewujudan yang kuat, tidak takut untuk mengambil risiko jika mereka yakin mereka akan menang. Seorang ahli sukan semulajadi.


Peribadi asas
  • Memastikan objektif jelas
  • Sangat yakin dengan diri
  • Jujur
  • Optimis
  • Bertenaga

Kadar toleransi
  • Kekuatan dan kecekalan bergantung kepada matlamat mereka
  • Mudah mengalah jika kerja dirasakan sia-sia

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau
  • Positif tentang masa lampau; tidak menyesali masa silam
  • Mencari kestabilan kewangan di masa hadapan

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan
  • Selalunya bersikap tenang
  • Sensitif dengan keikhlasan
  • Memberikan pandangan terbuka dengan jujur secara terus

Bagaimana mereka bekerja
  • Keupayaan menumpukan perhatian bergantung pada keadaan
  • Biasanya lebih gemar memimpin
  • Boleh mengabaikan perkara terperinci





p.s : korang tak tahu jenis darah korang? kalau macam tu kenalah pergi derma darah.peace yaw! ^_^




There was an error in this gadget