:: followers ::

:: me myself and i ::

My photo
Before you judge me get to know me first. You can't tell your heart what to do because it does it all on its own. Life ain't easy. I didn't wish to be everything to everyone but i did wish to be something to someone.

Friday, August 19, 2011

10 band penganut satanisme yang popular





Burzum

Merupakan sebuah band yang sangat gemar melakukan peperangan dan kehancuran. Selain itu, band ini juga sering membuat lagu yang bertemakan anti-Kristus. Pada tahun 1993 Vokalis Burzum, Varg dijatuhi hukuman atas pembunuhan dan didapati bersalah kerana cuba untuk membakar gereja di Norway.




Beherit

Band ini sendiri memiliki erti "syaitan" dalam Bahasa Syria. Muzik mereka bertemakan kebiadapan, Anti-Kristus, Neraka, dan penghinaan. Band ini terkenal kerana gaya ambient yang dimainkan ahlinya, band ini juga memainkan aliran Deathcore dan Black Metal.




Arch Enemy

Style band ini sangat mengagumkan, setiap track pada albumnya penuh dengan Melodi Gitar yang digabung dengan suara volkalis awek (Angela Gossow) ini membuatnya begitu berkesan. Hal-hal yang dibincangkan dalam lagu-lagunya adalah hal-hal mengenai Kiamat, dan Anti-Kristus. Selain itu, ahli band ini berasal dari para bekas Pemain band metal sebelumnya, seperti band Carcass, dan Yohanes Liva.




Behemoth

Band ini memainkan muzik dengan tema-tema Satanis, dan Ritual, dan pemujaan kepada Berhala. Band ini juga memainkan aliran musik Death Metal, ada juga yang menyebutnya sebagai Black Metal, Avantgrade Metal, Pagan Metal. Namun aliran yang sebenarnya dari band ini masih diragukan, kerana band ini lebih suka tidak dilabelkan dalam genre apa pun.




Blasphemy

Debut mereka yang pertama adalah "Blood upon the Altar" pada tahun 1989, merupakan album yang mengandungi penghinaan kepada Tuhan. Band ini juga pernah melakukan lawatan ke Jerman "Fuck Christ". Dalam syair-syairnya, Band ini banyak menggunakan tema-tema yang berkaitan dengan paganisme, mitologis dan lirik-lirik Anti-Kristus.




Arch Goat

Sebuah album yang di dalamnya penuh dengan penghinaan kepada Tuhan. Style dan gaya Band ini mirip dengan Angelcorpse, iaitu anti Kristus dan banyak bermain Filosophy Satanis. Band ini juga kadang-kadang bermain muzik Ritual.




Dimmu Borgir

Band ini diketahui sering bermain aliran Symphonic Black Metal, Black Metal, Ritual Black Metal, dan Deathy Metal. Tema-tema yang dibincangkan dalam lirik lagu-lagunya hampir sama dengan Cradle Of Filth, iaitu tentang pemujaan kepada Syaitan, Ritual, dan Peperangan.




Cradle of Filth

Merupakan Band yang sangat erat kaitanya dengan Sihir, Mitologi, dan hal-hal yang berbau Kotoran. Selain menyanyikan alunan muzik Black Metal, aliran ini juga memainkan aliran Dark Metal dan Death Metal, vampyric Metal dan Satan Metal dan Symphonic Black Metal.




Angelcorpse

Muzik mereka bertemakan Anti-Kristus dan peperangan. Pada tahun 1995 dan 2007 Band ini melakukan lawatan ke Eropah untuk mendukung band-band beraliran satanisme yang ada.




Acheron

Album ini dibuat khusus sebagai edisi terhad 7-inci yang juga merupakan rekod dimensi sebuah album yang belum pernah ada sebelumnya, dan untuk membuat album ini benar-benar kental terhadap aliran satanis, Acheron membuat album ini dicopy hanya untuk 666 naskhah. Lagu-lagunya mengandungi ayat-ayat yang ada pada injil hitam (Satanic Bible) dan digunakan intro bergaya Gothik dan gitar solo yang membuat lagu-lagu tersebut seolah-olah dari dunia 'Kegelapan'. Lagu-lagu mereka pun berdasarkan atas falsafah 'Satanis'.




No comments: