:: followers ::

:: me myself and i ::

My photo
Before you judge me get to know me first. You can't tell your heart what to do because it does it all on its own. Life ain't easy. I didn't wish to be everything to everyone but i did wish to be something to someone.

Monday, August 15, 2011

Pantang larang di universiti atau kolej

Setelah beberapa semester menjadi pelajar universiti, berikut adalah tips supaya tidak digelar 'kerek' atau 'gedik'.hehe...





  1. Kalau boleh biarlah steady. Cool je. Tak payah cari publisiti murahan.
  2. Senyumlah. Tapi jangan sampai jadi macam kerang busuk (jangan melampau).
  3. For ladies, kene jual mahal cket. Tak payah jadi murah sangat nak tegur semua lelaki.
  4. Jangan berlagak pandai atau pandai-pandai nak buat semua benda.
  5. For ladies lagi (for guys pun bole kot), jangan pakai make up tebal.
  6. Tak kiralah untuk jawatan apa sekali pun, jangan nak mengada calonkan diri sendiri.
  7. Berkawanlah dengan orang yang paling dekat macam housemate atau roomate untuk menghindarkan diri dari dicop gedik. Nanti kalau ada orang tuduh, bolehlah housemate atau roomate tolong back up-kan.
  8. Jangan terlalu menunjukkan yang anda bajet hot.
  9. Tak payah buat blog. Untuk mengelakkan rahsia kegedikan terbongkar.
  10. Bergayut ngan bf atau gf sampai tak hengat.
  11. Jangan nak speaking sangat lah.
  12. Jangan suka mengampu lecturer.
  13. Jangan ketawa kuat-kuat dekat cafe atau foodcourt atau yg sme waktu dengannya.
  14. Jangan jadi pakar agama tak bertauliah.
  15. Jangan pinjam barang orang lain banyak sangat.
  16. Biarlah berbakti atau berbuat baik tanpa perlu nak kecoh.


p/s : rilek2...ni cuma hasil pemantauan peribadi sahaja. kalau ade sesape yang terasa maaf k. chill ~ =)

Saturday, August 13, 2011

Rama-Rama Kehidupan


Suatu hari, ada seorang budak lelaki sedang memerhatikan seekor kepompong.

Di dalamnya ada rama-rama yang sedang berjuang untuk melepaskan diri dari dalam kepompong dan k
elihatannya begitu sukar.

Budak lelaki tersebut merasa kesian kepada rama–rama tersebut.

Dia ingin membantu rama-rama agar dapat keluar dengan mudah.

Akhirnya kanak-kanak mengambil gunting dan membantu memotong
kepompong agar rama-rama dapat keluar dengan segera dan senang. Alangkah senang dan leganya kanak-kanak tersebut.


Tetapi apa yang terjadi??

Rama-rama itu memang dapat keluar dari sana, tetapi rama-rama itu tidak dapat terbang, dia hanya dapat merayap.


Apa sebabnya??

Rama-rama yang sedang berjuang dari kepompongnya tersebut, sebenarnya pada saat rama-rama mengerahkan seluruh tenaganya, ada satu cecair didalam tubuhnya mengalir dengan kuat ke seluruh tubuhnya, yang akan membuatkan sayapnya dapat mengembang sehingga ia dapat terbang.

Tetapi kerana tiada lagi perjuangan tersebut, maka sayapnya tidak dapat mengembang sehingga ia menjadi seekor rama-rama yang hanya dapat merayap.



Demikian juga pada sewaktu kita sedang berjuang menghadapi sesuatu, jangan mengharapkan bantuan orang lain, berjuanglah dahulu dengan mengerahkan segala kemampuan kita.


p/s : niat yang baik juga belum tentu menghasilkan sesuatu yang baik...

=)