:: followers ::

:: me myself and i ::

My photo
Before you judge me get to know me first. You can't tell your heart what to do because it does it all on its own. Life ain't easy. I didn't wish to be everything to everyone but i did wish to be something to someone.

Saturday, August 13, 2011

Rama-Rama Kehidupan


Suatu hari, ada seorang budak lelaki sedang memerhatikan seekor kepompong.

Di dalamnya ada rama-rama yang sedang berjuang untuk melepaskan diri dari dalam kepompong dan k
elihatannya begitu sukar.

Budak lelaki tersebut merasa kesian kepada rama–rama tersebut.

Dia ingin membantu rama-rama agar dapat keluar dengan mudah.

Akhirnya kanak-kanak mengambil gunting dan membantu memotong
kepompong agar rama-rama dapat keluar dengan segera dan senang. Alangkah senang dan leganya kanak-kanak tersebut.


Tetapi apa yang terjadi??

Rama-rama itu memang dapat keluar dari sana, tetapi rama-rama itu tidak dapat terbang, dia hanya dapat merayap.


Apa sebabnya??

Rama-rama yang sedang berjuang dari kepompongnya tersebut, sebenarnya pada saat rama-rama mengerahkan seluruh tenaganya, ada satu cecair didalam tubuhnya mengalir dengan kuat ke seluruh tubuhnya, yang akan membuatkan sayapnya dapat mengembang sehingga ia dapat terbang.

Tetapi kerana tiada lagi perjuangan tersebut, maka sayapnya tidak dapat mengembang sehingga ia menjadi seekor rama-rama yang hanya dapat merayap.



Demikian juga pada sewaktu kita sedang berjuang menghadapi sesuatu, jangan mengharapkan bantuan orang lain, berjuanglah dahulu dengan mengerahkan segala kemampuan kita.


p/s : niat yang baik juga belum tentu menghasilkan sesuatu yang baik...

=)

5 comments:

afifahramli said...

;)

oh xpasan. skali update ada 2 entry.
nice!

azrizalhussin said...

hahaha..best x?weee..=p rama-rama sket..=p

afifahramli said...

kesian rama2.

niat yang baik juga belum tentu menghasilkan sesuatu yang baik kan? so, ape conclusion? hehe. ;p

sesuatu yang baik datang dari niat yang baik, jadi, conclusion nye, niat la yang baik2 dulu. after effect, hanya si Dia yang tahu. btol x? berdoalah, selepas usaha. tawakal ;D

azrizalhussin said...

alhamdulillah pembaca seperti anda memang bijak memberi konklusi sendiri..

tahniah..all the best!

afifahramli said...

btol ke conclusion?

same goes to u. all d best juaa ;)