Kalau post sebelum ni pasal diet berdasarkan jenis darah, kali ini jom kita mengenali personaliti seseorang individu melalui jenis darah mereka. Selamat mengusha entry ni dan semoga bermanfaat!
JENIS DARAH A : PETANI (FARMERS)
Mereka yang berdarah A adalah golongan yang pemalu tetapi mementingkan kesempurnaan dalam senyap. Mereka sangat bertimbang rasa terhadap orang lain dan tidak pandai menipu. Mereka setia dengan kawan dan rakan sekerja. Mereka boleh menjadi perahsia, kuat, tetapi jarang sekali berkongsi perasaan mereka. Mereka ini sukar dipuaskan dan serius dalam hidup.
Peribadi asas
- Berhati-hati dalam membuat keputusan
- Sentiasa memastikan sesuatu jelas melalui kontrak
- Terlalu mementingkan undang-undang sosial kehidupan
Kadar toleransi
- Toleransi tinggi dengan kerja-kerja fizikal dan berulang-ulang
- Tidak mampu menerima perubahan dengan mudah
- Hilang minat pada satu-satu hobi dengan mudah
Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau
- Terlalu mencuba untuk melupakan masa lampau
- Pesimis terhadap masa hadapan
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan
- Boleh berpura-pura membuat muka tenang walaupun hakikatnya sedang marah
- Memerlukan masa yang lama untuk pulih jika dilukai
- Sensitif kepada pandangan orang lain
Bagaimana mereka bekerja
- Menguruskan satu perkara sahaja dalam satu masa
- Membezakan antara kerja dan peribadi
- Sangat bertanggungjawab
- Terdorong untuk memilih hobi yang membantu mereka menenangkan perasaan
JENIS DARAH B : PEMBURU (HUNTERS)
Mereka yang berdarah B adalah golongan yang periang, memiliki semangat dan aura personaliti yang kuat dan tersendiri. Dalam waktu yang sama, mereka tidak menghiraukan apa orang lain fikir tentang mereka dan liar. Mereka boleh menjadi sangat lemah, pemalas, dan kurang sabar. Namun, mereka juga sangat bersungguh-sungguh (passionate) dengan apa yang mereka mahukan.
Peribadi asas
- Pantas membuat keputusan
- Boleh menjadi sangat fleksibel
- Tidak kisah pada peraturan
- Menghormati penemuan sains dan perkara praktikal
Kadar toleransi
- Mengekalkan sepenuh minat terhadap apa yang mereka lakukan
- Kelihatan tidak sabar
- Tidak sukakan kerja yang berulang
Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau
- Sukar melupakan hubungan terkini tetapi mudah melupakan kenangan masa silam
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan
- Expressive
- Cool
- Bersifat objektif
- Walaupun selalu bergurau namun boleh menjadi seorang yang sangat pemalu
- Cepat bertukar mood
- Tidak boleh berhenti merungut apabila mereka kecewa
Bagaimana mereka bekerja
- Kreatif dan memiliki idea baru
- Tidak boleh membezakan kerja dan hobi
- Sukar menerima arahan
- Tidak gentar mencadangkan perubahan yang inovatif
- Tidak takutkan kritikan
JENIS DARAH AB : AHLI KEMANUSIAAN (HUMANISTS)
Mereka sukar dimengerti, gemar menjauhkan diri, selalu menggunakan logik daripada mengikut gerak hati. Selain itu, sangat bagus dalam menguruskan kewangan. Walaupun berfungsi sebagai pendamai, kadang-kadang mereka bersikap talam dua muka.
Peribadi asas
- Sangat praktikal
- Bijak dalam menganalisa
- Memberikan kritikan yang membina
- Sukar membuat keputusan yang penting
Kadar toleransi
- Cuba untuk menjadi rajin
- Kelihatan kurang sabar
Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau
- Sangat sentimental tentang masa silam
- Lebih risau terhadap perkara semasa berbanding perkara lain
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan
- Berjiwa sentimental
- Selalunya cool dan steady
- Boleh berasa sangat kecewa dengan masalah semasa yang tidak diselesaikan
- Boleh menjadi moody sekelip mata
Bagaimana mereka bekerja
- Boleh menguruskan bidang kerja yang luas
- Menghargai kerja keras
- Cepat memahami
- Tidak terlalu bertanggungjawab
- Tidak mampu membuat follow up sebelum projek kerja diselesaikan
JENIS DARAH O : PEJUANG (WARRIORS)
Mereka outgoing, expressive, dan passionate. Golongan darah O juga sangat bermotivasi dan mempunyai ciri pemimpin semulajadi. Dikurniakan rasa kewujudan yang kuat, tidak takut untuk mengambil risiko jika mereka yakin mereka akan menang. Seorang ahli sukan semulajadi.
Peribadi asas
- Memastikan objektif jelas
- Sangat yakin dengan diri
- Jujur
- Optimis
- Bertenaga
Kadar toleransi
- Kekuatan dan kecekalan bergantung kepada matlamat mereka
- Mudah mengalah jika kerja dirasakan sia-sia
Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau
- Positif tentang masa lampau; tidak menyesali masa silam
- Mencari kestabilan kewangan di masa hadapan
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan
- Selalunya bersikap tenang
- Sensitif dengan keikhlasan
- Memberikan pandangan terbuka dengan jujur secara terus
Bagaimana mereka bekerja
- Keupayaan menumpukan perhatian bergantung pada keadaan
- Biasanya lebih gemar memimpin
- Boleh mengabaikan perkara terperinci
p.s : korang tak tahu jenis darah korang? kalau macam tu kenalah pergi derma darah.peace yaw! ^_^
No comments:
Post a Comment