Jom kita tengok cacing apa yang mungkin sedang melepak dalam perut korang. Jangan risau tayah guna mikroskop boleh tengok.
Nama saintifik : Ancylostoma Duodenale atau Necator Americanus
Nama panggilan : Cacing Tambang
Fakta :
Hidup di dalam perut dengan menghisap darah daripada usus sehingga mangsa berisiko menghidap anemia iaitu kekurangan darah dalam badan.
Mampu dijangkiti melalui kulit kaki yang dihinggapi larva cacing, menembusi pembuluh darah, dan kemudian tinggal di usus kecil.
Nama saintifik : Taenia sp
Nama panggilan : Cacing Pita
Bentuk : Berbentuk panjang pipih seperti pita dan berkepala kecil
Fakta :
Kebiasannya terdapat dalam perut individu yang suka makan daging, terutama daging khinzir dan daging lembu separuh masak.
Kait pada tubuhnya bertujuan melekatkan badannya pada dinding usus manusia.
Simptom :
Sakit perut (hilang selepas makan)
Wajah pucat
Pening kepala
Tiada nafsu makan
Najisnya berlendir
Nama Saintifik : Oxyuris Vermicularis
Nama panggilan : Cacing Kremi atau Cacing Kerawit
Bentuk : Berbentuk halus seperti benang dan berwarna putih
Panjang : 3 - 5mm
Fakta :
Lebih banyak menyerang kanak-kanak yang suka memasukkan tangan ke dalam mulut sebelum mencucinya terlebih dahulu.
Memakan isi usus sehingga menyebabkan masalah kekurangan zat makanan dan menggganggu proses tumbesaran kanak-kanak.
Cacing ini mampu keluar sendiri dari perut melalui anus.
Bagi wanita, cacing ini mampu menyebabkan radang vagina.
Simptom :
Gatal di sekitar anus
Nama Saintifik : Ascaris Lumbricoides
Nama panggilan : Cacing Gelang
Bentuk : Berbentuk seperti gelang
Panjang : 6 - 13mm
Fakta :
Hidup di dalam perut manusia dan menghisap nutrien makanan daripada usus kecil.
Menghasilkan 200 000 telur dalam satu tempoh bertelur.
Larva cacing boleh memasuki pembuluh darah dan limfa. Lebih bahaya lagi sekiranya ia menembusi paru-paru yang mampu menyebabkan radang paru-paru dan batuk.
Cacing gelang dewasa yang menembusi appendix juga sangat berbahaya kerana ia mampu menyebabkan radang usus sehingga appendix tersebut pecah dan membawa maut.
Boleh menular dari satu individu ke satu individu yang lain melalui makanan yang dipegang dengan menggunakan tangan yang kotor.
Simptom :
Kurang nafsu makan
Perut membuncit
Badan yang kurus dan tidak bermaya
Wajah pucat
Mual
p.s : Geli lah...selamat menjaga kebersihan! ^_^
1 comment:
Good fact
Post a Comment