:: followers ::

:: me myself and i ::

My photo
Before you judge me get to know me first. You can't tell your heart what to do because it does it all on its own. Life ain't easy. I didn't wish to be everything to everyone but i did wish to be something to someone.

Friday, August 19, 2011

10 band penganut satanisme yang popular





Burzum

Merupakan sebuah band yang sangat gemar melakukan peperangan dan kehancuran. Selain itu, band ini juga sering membuat lagu yang bertemakan anti-Kristus. Pada tahun 1993 Vokalis Burzum, Varg dijatuhi hukuman atas pembunuhan dan didapati bersalah kerana cuba untuk membakar gereja di Norway.




Beherit

Band ini sendiri memiliki erti "syaitan" dalam Bahasa Syria. Muzik mereka bertemakan kebiadapan, Anti-Kristus, Neraka, dan penghinaan. Band ini terkenal kerana gaya ambient yang dimainkan ahlinya, band ini juga memainkan aliran Deathcore dan Black Metal.




Arch Enemy

Style band ini sangat mengagumkan, setiap track pada albumnya penuh dengan Melodi Gitar yang digabung dengan suara volkalis awek (Angela Gossow) ini membuatnya begitu berkesan. Hal-hal yang dibincangkan dalam lagu-lagunya adalah hal-hal mengenai Kiamat, dan Anti-Kristus. Selain itu, ahli band ini berasal dari para bekas Pemain band metal sebelumnya, seperti band Carcass, dan Yohanes Liva.




Behemoth

Band ini memainkan muzik dengan tema-tema Satanis, dan Ritual, dan pemujaan kepada Berhala. Band ini juga memainkan aliran musik Death Metal, ada juga yang menyebutnya sebagai Black Metal, Avantgrade Metal, Pagan Metal. Namun aliran yang sebenarnya dari band ini masih diragukan, kerana band ini lebih suka tidak dilabelkan dalam genre apa pun.




Blasphemy

Debut mereka yang pertama adalah "Blood upon the Altar" pada tahun 1989, merupakan album yang mengandungi penghinaan kepada Tuhan. Band ini juga pernah melakukan lawatan ke Jerman "Fuck Christ". Dalam syair-syairnya, Band ini banyak menggunakan tema-tema yang berkaitan dengan paganisme, mitologis dan lirik-lirik Anti-Kristus.




Arch Goat

Sebuah album yang di dalamnya penuh dengan penghinaan kepada Tuhan. Style dan gaya Band ini mirip dengan Angelcorpse, iaitu anti Kristus dan banyak bermain Filosophy Satanis. Band ini juga kadang-kadang bermain muzik Ritual.




Dimmu Borgir

Band ini diketahui sering bermain aliran Symphonic Black Metal, Black Metal, Ritual Black Metal, dan Deathy Metal. Tema-tema yang dibincangkan dalam lirik lagu-lagunya hampir sama dengan Cradle Of Filth, iaitu tentang pemujaan kepada Syaitan, Ritual, dan Peperangan.




Cradle of Filth

Merupakan Band yang sangat erat kaitanya dengan Sihir, Mitologi, dan hal-hal yang berbau Kotoran. Selain menyanyikan alunan muzik Black Metal, aliran ini juga memainkan aliran Dark Metal dan Death Metal, vampyric Metal dan Satan Metal dan Symphonic Black Metal.




Angelcorpse

Muzik mereka bertemakan Anti-Kristus dan peperangan. Pada tahun 1995 dan 2007 Band ini melakukan lawatan ke Eropah untuk mendukung band-band beraliran satanisme yang ada.




Acheron

Album ini dibuat khusus sebagai edisi terhad 7-inci yang juga merupakan rekod dimensi sebuah album yang belum pernah ada sebelumnya, dan untuk membuat album ini benar-benar kental terhadap aliran satanis, Acheron membuat album ini dicopy hanya untuk 666 naskhah. Lagu-lagunya mengandungi ayat-ayat yang ada pada injil hitam (Satanic Bible) dan digunakan intro bergaya Gothik dan gitar solo yang membuat lagu-lagu tersebut seolah-olah dari dunia 'Kegelapan'. Lagu-lagu mereka pun berdasarkan atas falsafah 'Satanis'.




Thursday, August 18, 2011

Mari bersedekah




Adab-adab dalam bersedekah :

  • Tangan di atas memberi lebih baik daripada tangan di bawah (menerima).
  • Ikhlas dalam bersedekah – wajib mengikhlaskan sedekah hanya kerana Allah dan demi mendapatkan keredhaan-Nya. Sedekah dengan menunjuk-nunjuk dan berbangga diri menyebabkan kerugian di Akhirat kelak.
  • Mendahulukan sedekah yang wajib – sebagaimana yang disebut dalam hadis Qudsi yang bermaksud: “…dan tidaklah seorang hamba mendekatkan diri kepada-ku dengan sesuatu yang lebih Aku sukai daripada apa – apa yang aku telah Aku wajibkan keatasnya..” (Riwaya t Al-Bukhari)
  • Tidak boleh menunda untuk membayar sedekah (zakat) yang wajib tanpa adanya keuzuran
  • Sedekah atau zakat yang dikeluarkan hendaklah dipastikan diberikan kepada mereka yang benar – benar memerlukan seperti orang miskin, anak – anak yatim, janda dan sebagainya. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya zakat hanya untuk orang fakir, miskin, pengurus-pengurus zakat, para mualaf, hamba untuk dimerdekakan, yang berhutang, yang berjuang dijalan Allah dan orang yang bermusafir.” (surah al-Tawbah 9: 60)
  • Bersedekah dengan harta yang halal – antara sebab sedekah tersebut diterima oleh Allah dan membuahkan hasil.
  • Tidak mengungkit – ungkit sedekahnya – Sebagai mana firman Allah “Wahai orang – orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan pahala sedekah mu dengan menyebut-menyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima)..” (Surah al-Baqarah 2: 264)
  • Wajib keatas pemberi sedekah merenung nikmat Allah S.W.T ke atas dirinya kerana Allah memberikan rezeki yang lebih.
  • Mendahulukan sedekah kepada waris terdekat – “Sedekahlah kepada orang miskin (mendapat satu pahala), sedangkan sedekah kepada kaum kerabat mendapat dua pahala iaitu pahala sedekah dan pahala silaturrahim.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
  • Jangan buruk siku – Tdak harus seseorang mengambil kembali sedekahnya daripada orang yang menerimanya. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:“Perumpamaan orang yang bersedekah kemudian dia mengambil kembali sedekahnya, seperti anjing yang memuntahkan sesuatu kemudian ia menjilat muntahnya untuk memakannya kembali.” (Riwayat Muslim)



p/s : pejam celik, pejam celik, dah 18 hari puasa... >.<

5001



pada tarikh 17/8/2011

pukul 8.01 pm

azrizalhussin.blogspot.com

bilangan hit berjaya mencapai 5001

yeayy!!


p/s : kalau 5000 lagi care kot...ok...tunggu 10 000 hit.

Wednesday, August 17, 2011

Salam Nuzul Quran 1432H


Salam Nuzul Quran kepada semua...


Sama ada sedar atau pun tidak, sudah 17 hari kita berada di bulan Ramadhan tahun ini. Sebagai muhasabah, apa kata kita nilai semula, pencapaian kita sepanjang 16 hari berpuasa. Adakah graf peningkatan, atau pun graf penurunan yang kita rekodkan setakat ini. Sisa-sisa Ramadhan ini seelok-eloknya dimanfaatkan dengan lebih baik dan dengan sebaik-baik cara. Insha Allah...


Ingin saya berkongsi beberapa fakta yang mungkin sudah diketahui ramai. Bagi yang belum mengetahuinya, semoga ia bermanfaat bagi anda.


  • Makam Ibrahim bukanlah kubur Nabi Ibrahim A.S sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang. Makam Ibrahim adalah batu bekas tapak kaki baginda semasa Nabi Ibrahim membangun Kaabah.
  • Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden.
  • Semua anak lelaki Nabi Muhammad, iaitu Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Ramai ulama mengatakan Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.
  • Musa A.S adalah nama yang paling banyak disebut dalam Al-Quran, manakala Maryam adalah satu-satunya nama perempuan yang disebut dalam Al-Quran.
  • Rasulullah SAW telah mengetuai 23 kali perang, hanya sekali sahaja kalah iaitu Perang Uhud.
  • Kata-kata terakhir Nabi Muhammad SAW sebelum wafat adalah “Ummatii … ummatii … ummatii” yang menunjukkan betapa besar cintanya kepada umatnya.
  • Nabi Muhammad SAW tidak pandai membaca dan menulis, namun ingatannya sangat kuat dan sangat bijak.
  • Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah SAW menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat,sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama enam belas bulan.
  • Jasad Firaun (Ramses II) yang tenggelam di laut merah, baru ditemui oleh arkeologi Giovanni Battista Belzoni tahun 1817. Setelah 3000 tahun berada di bawah tanah dan pasir.
  • Jasad Nabi Muhammad pernah dicuba dicuri 2 kali, namun kedua-duanya gagal.
  • Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20,000 orang AS masuk Islam setiap tahun selepas peristiwa 9/11.
  • Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dari 1.4 juta askar Amerika, lebih kurang 3,700 daripadanya yang beragama Islam.
  • Jikalau sekarang Al-Quran dihancurkan kesemuanya, maka versi arab dari Al-Quran akan segera di-recover oleh jutaan muslim, yang disebut Hafiz yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Quran dari mulai awal sampai dengan akhir ayat. Al Quran adalah satu-satunya kitab suci yang dihafal jutaan manusia sehingga keaslian/kesuciannya sentiasa terjaga.
  • Umat Hindu percaya bahawa di dalam Kaabah ada salah satu dari Tuhan mereka yang bernama “Shiva Lingam”.
  • Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber. Pemeluk Islam bertambah 2.9% setahun. Pertumbuhan ini lebih cepat berbanding pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2.3% setahun.
  • Tidak ada apa-apa di dalam Kaabah.
  • Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita ( secara perkiraan matematik ). Kata “lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24.
  • Kata-kata berikut ini diambil dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan ‘Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl.
  • Albania merupakan negara satu-satunya Islam di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam.
  • Nama “Muhammad” adalah nama yang paling banyak digunakan di seluruh dunia, juga tempat pertama di Britain menewaskan nama Jack dan Harry.


Wallahu a'alam...semoga bermanfaat bagi anda...Insha Allah ^_^

Monday, August 15, 2011

Pantang larang di universiti atau kolej

Setelah beberapa semester menjadi pelajar universiti, berikut adalah tips supaya tidak digelar 'kerek' atau 'gedik'.hehe...





  1. Kalau boleh biarlah steady. Cool je. Tak payah cari publisiti murahan.
  2. Senyumlah. Tapi jangan sampai jadi macam kerang busuk (jangan melampau).
  3. For ladies, kene jual mahal cket. Tak payah jadi murah sangat nak tegur semua lelaki.
  4. Jangan berlagak pandai atau pandai-pandai nak buat semua benda.
  5. For ladies lagi (for guys pun bole kot), jangan pakai make up tebal.
  6. Tak kiralah untuk jawatan apa sekali pun, jangan nak mengada calonkan diri sendiri.
  7. Berkawanlah dengan orang yang paling dekat macam housemate atau roomate untuk menghindarkan diri dari dicop gedik. Nanti kalau ada orang tuduh, bolehlah housemate atau roomate tolong back up-kan.
  8. Jangan terlalu menunjukkan yang anda bajet hot.
  9. Tak payah buat blog. Untuk mengelakkan rahsia kegedikan terbongkar.
  10. Bergayut ngan bf atau gf sampai tak hengat.
  11. Jangan nak speaking sangat lah.
  12. Jangan suka mengampu lecturer.
  13. Jangan ketawa kuat-kuat dekat cafe atau foodcourt atau yg sme waktu dengannya.
  14. Jangan jadi pakar agama tak bertauliah.
  15. Jangan pinjam barang orang lain banyak sangat.
  16. Biarlah berbakti atau berbuat baik tanpa perlu nak kecoh.


p/s : rilek2...ni cuma hasil pemantauan peribadi sahaja. kalau ade sesape yang terasa maaf k. chill ~ =)

Saturday, August 13, 2011

Rama-Rama Kehidupan


Suatu hari, ada seorang budak lelaki sedang memerhatikan seekor kepompong.

Di dalamnya ada rama-rama yang sedang berjuang untuk melepaskan diri dari dalam kepompong dan k
elihatannya begitu sukar.

Budak lelaki tersebut merasa kesian kepada rama–rama tersebut.

Dia ingin membantu rama-rama agar dapat keluar dengan mudah.

Akhirnya kanak-kanak mengambil gunting dan membantu memotong
kepompong agar rama-rama dapat keluar dengan segera dan senang. Alangkah senang dan leganya kanak-kanak tersebut.


Tetapi apa yang terjadi??

Rama-rama itu memang dapat keluar dari sana, tetapi rama-rama itu tidak dapat terbang, dia hanya dapat merayap.


Apa sebabnya??

Rama-rama yang sedang berjuang dari kepompongnya tersebut, sebenarnya pada saat rama-rama mengerahkan seluruh tenaganya, ada satu cecair didalam tubuhnya mengalir dengan kuat ke seluruh tubuhnya, yang akan membuatkan sayapnya dapat mengembang sehingga ia dapat terbang.

Tetapi kerana tiada lagi perjuangan tersebut, maka sayapnya tidak dapat mengembang sehingga ia menjadi seekor rama-rama yang hanya dapat merayap.



Demikian juga pada sewaktu kita sedang berjuang menghadapi sesuatu, jangan mengharapkan bantuan orang lain, berjuanglah dahulu dengan mengerahkan segala kemampuan kita.


p/s : niat yang baik juga belum tentu menghasilkan sesuatu yang baik...

=)